Program Sub Kontraktor Bumiputera (SKB) PKNS

Program Sub Kontraktor Bumiputera (SKB) PKNS

Program Sub-Kontraktor Bumiputera (SKB) adalah program untuk usahawan bumiputera yang memiliki syarikat kontraktor dengan gred CIDB G1 hingga G5 yang melaksanakan kerja-kerja kontrak di projek-projek pembinaan iaitu dalam bidang kerja awam, elektrik atau landskap.

Muat Turun Borang Permohonan SKB PKNS
SKB

Anda berminat? Pastikan anda memenuhi syarat- syarat permohonan. Syaratnya adalah seperti berikut :

Syarat-Syarat Kelayakan
  • Modal saham dan pemilik adalah 100% bumiputera
  • Kawalan pengurusan syarikat 100% bumiputera
  • Syarikat berdaftar dengan CIDB (Gred G1 sehingga G5) SAHAJA
  • Berjaya menyiapkan sekurang-kurangnya 5 projek dalam tempoh 3 tahun
  • Mempunyai keupayaan dari segi kewangan,pengurusan & teknikal yang baik
  • Syarikat berpengalaman melaksanakan kerja-kerja di LUAR bangunan
  • BUKAN syarikat perunding, penyelenggaraan atau penghawa dingin
  • Syarikat beroperasi di Negeri Selangor

Latar Belakang

  • Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan professionalisme kontraktor melalui penyertaan mereka dalam program-program CIDB.
  • Memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah memberi sumbangan dan berjasa kepada industri pembinaan.
  • Mempertingkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan.

Dasar

Program Sub-Kontraktor Bumiputera (SKB) adalah merupakan sebuah usaha pembangunan yang tersusun dan terancang bagi melahirkan sub-kontraktor bumiputera yang kompeten di dalam melakukan kerja-kerja kontrak dan perkhidmatan yang berkaitan dengan industri pembangunan hartanah melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek hartanah PKNS.

Objektif

  • Menjadi salah satu platform berstruktur untuk meningkatkan kualiti kerja-kerja kontrak oleh kontraktor.
  • Mewujudkan kontraktor binaan yang pakar dan mahir dalam kerja-kerja kontrak.
  • Membuka peluang untuk kontraktor bumiputera meningkatkan keupayaan mereka bagi memastikan ruang penglibatan yang lebih tinggi di dalam industri ini.
  • Membantu perkembangan kontraktor dari kelas rendah ke kelas tertinggi melalui proses peningkatan atau penggabungan.

SENARAI BIDANG KERJA

  • Refuse compartment, Fencing & Gate
  • Drainage
  • Roadwork
  • Water Reticulation
  • Sewerage
  • Street Lighting
  • Telekom Infra
  • TNB Substation
  • Hardscape
  • Softscape

Pencapaian

Sehingga kini PKNS telah melahirkan syarikat kontraktor yang berkompetensi tinggi dalam melaksanakan 14 jenis kerja-kerja luaran bangunan dalam projek PKNS mahupun di organisasi luar dengan pencapaian 7 syarikat yang berjaya sebagai syarikat kontraktor dengan Gred CIDB G7.
SKB

Hubungi Kami

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, PKNS BIZPOINT
No. 67D,Tingkat 4,
Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

  • dummy(603)5511 1720

  • dummy yusoffimran.azman@pkns.gov.my

Search