
PENGENALAN PROGRAM USAHAWAN MAHASISWA (PUM)
- Telah dilaksanakan sejak tahun 2003
- Untuk membentuk dan memupuk nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan mahasiswa di negeri Selangor
- Kumpulan sasar adalah Mahasiswa Tahun Akhir di Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S)
- Memberi fokus latihan dan pembudayaan dalam kalangan mahasiswa Bumiputera di Institut-institut Pengajian Tinggi (IPT)
- Fokus kepada modul Usahawan Mahasiswa :
- Melahirkan generasi usahawan yang berilmu, beriman, berfikiran cergas, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan Mahasiswa IPTA/IPTS dengan menubuhkan syarikat dan meningkatkan jualan
MATLAMAT
Mewujudkan mahasiswa yang mempunyai minda & jati diri keusahawanan.
OBJEKTIF
- Melahirkan generasi warisan yang berilmu, beriman, berfikiran cergas, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing.
- Menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan utama setelah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
- Mengenalpasti, membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan melalui modul yang sistematik
- Menerapkan budaya keusahawan untuk generasi muda
- Memupuk dan membentuk nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan mahasiswa di Negeri Selangor
- Menjadi kesinambungan dari Program Tunas Niaga (PROTUNe)
Perjalanan Program
6 Bulan
Jumlah Peserta
20 Orang Peserta
Kumpulan Sasar
Mahasiswa tahun akhir atau semester akhir di IPTA/S terpilih
Pendekatan
Blended Learning
- Fizikal
- e-Learning