
Akademi Pembangunan Usahawan PKNS
Akademi Pembangunan Usahawan PKNS menyediakan latihan dan kelas bimbingan sebagai salah satu program dan platform yang penting untuk usahawan mendapatkan ilmu pengetahuan di samping mengukuhkan rangkaian perniagaan masing-masing. Oleh itu, BPU akan menganjurkan pelbagai kursus yang merangkumi latihan, seminar dan lawatan sambil belajar kepada usahawan dan bakal usahawan. Pendedahan melalui Akademi Pembangunan Usahawan PKNS ini akan memberikan impak yang positif kepada usahawan khususnya usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan.
Dasar
Mengendalikan latihan dan bimbingan kepada usahawan dan bakal usahawan berhubung maklumat terkini.
Objektif

Memberi latihan dan bimbingan kepada bakal usahawan dengan pengetahuan keusahawanan yang mencukupi.

Memupuk dan mewujudkan usahawan bumiputera yang berilmu agar mampu berdaya saing dan berdaya tahan dalam dunia perniagaan.

Mewujudkan jaringan usahawan.
SENARAI KURSUS /BENGKEL AKADEMI PEMBANGUNAN USAHAWAN TAHUN 2012 - 2022 :
- Menerokai Peluang Perniagaan di Dalam Industri Pelancongan - Kesihatan, Sukan dan Eko Perlancongan
- Menerokai Peluang Perniagaan di Dalam Industri Pelancongan - Pertanian, Kraf dan Makanan
- Menerokai Peluang Perniagaan di Dalam Industri Pembuatan
- Menerokai Peluang-peluang Perniagaan Antarabangsa di Negara ASEAN
- Menerokai Peluang-peluang Perniagaan di Dalam Industri Perkhidmatan
- Menerokai Peluang-peluang Baru Dalam Industri Makanan
- Peluang-peluang Perniagaan di Dalam Industri Pembinaan dan Hartanah
- Potensi & Cabaran Bisnes di Peringkat Global
- Potensi dan Peluang Industri Pelancongan Untuk Para Usahawan
- Transformasi Minda Usahawan
- Bengkel Business Model Canvas
- Bengkel Diagnostik Perniagaan
- Bengkel Imej Profesional
- Bengkel Kewangan Bisnes
- Bengkel Pemasaran Internet
- Bengkel Pemasaran Online ‘Google Marketing Strategy’
- Bengkel Pembuatan Kek dan Biskut
- Bengkel Pengurusan Kewangan Terancang
- Bengkel Penyediaan Pelan Perniagaan Efektif
- Bengkel Penyediaan Perakaunan Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana
- Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan
- Bengkel Transformasi Usahawan Niaga
- ICT For Growth
- Kenali Ubat Anda
- Kursus Pembinaan Website
- Kursus Pengendalian Makanan dan Kesedaran Halal
- Kursus Perniagaan Siber
- Kursus Perunding Umrah dan Latihan
- Kursus Transformasi Kejurujualan
- Kursus Window Dressing
- Lawatan Pintar ke Dataran Keusahawanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Institut Keusahawanan Negara
- Lawatan Pintar ke Homestay Banghuris
- Lawatan Pintar Ke Matrade dan Kedutaan Indonesia
- Program Mudahcara Pensijilan Halal
- Seminar 18 Kunci Rahsia Tarik Duit dan Berkat
- Seminar Asas Bahasa Mandarin untuk Usahawan
- Seminar Bisnes Borong China dan Pemasaran Online
- Seminar Inspirasi Usahawan : Usahawan Muslim Profesional
- Seminar Ledakan Usahawan Dengan BMR
- Seminar Meneroka Peluang Pemborongan di China
- Seminar Perniagaan Francais
- Kursus Pemasaran Digital
- Kursus Digital Payment Gateway