Taklimat SAY ASPIRE - Program Keusahawanan Selangor Youth Community (SAY)

Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS dengan kerjasama Pejabat Yayasan Raja Muda Selangor akan mengadakan taklimat berkenaan SAY ASPIRE - Program Keusahawanan Selangor Youth Community (SAY) pada :
 
Tarikh : 8 Januari 2018 (Isnin)
Masa : 3.00 petang
Tempat : PKNS BizClub, Tingkat bawah PKNS BizPoint,
No 67D, Tingkat 3, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7,
40000 Shah Alam
Bayaran : PERCUMA
 
Minum petang disediakan!
 
Daftar online di : http://bit.ly/2DVr382
 
SAY ASPIRE merupakan sebuah program cetusan idea DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor, bertujuan membantu usahawan di negeri Selangor untuk memajukan perniagaan mereka dan seterusnya membawa produk atau perkhidmatan mereka ke pasaran luar negara.
 
Program SAY ASPIRE akan berlangsung selama sekurang-kurangnya 6 bulan untuk memastikan produk atau perkhidmatan di bawah program ini mampu menembusi pasaran luar negara dan bersaing sengit dengan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan lain di pasaran.
 
Selain itu, 10 peserta akan disenarai pendek untuk membentangkan idea perniagaan mereka secara terus kepada Raja Muda Selangor menerusi slot “Pitch Di Istana”. Slot ini juga akan diadili oleh beberapa personality terkenal dalam dunia keusahawanan tanah air.
 
Pendaftaran --- 10 senarai pendek --- "Pitch di istana" --- 5 usahawan ''Star Enterprises' --- 6 bulan program
 
Menerusi slot “Pitch Di Istana”, 5 peserta akan dipilih untuk mengikuti keseluruhan program SAY ASPIRE sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Kriteria peserta adalah:
 
  1. Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun.
  2. Perniagaan beroperasi di Selangor.
  3. Mempunyai premis perniagaan sendiri.
  4. Perniagaan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  5. Tiada rekod buruk pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan atau pihak kerajaan.
  6. Terlibat dengan perniagaan secara langsung.
  7. Perniagaan mesti ditubuhkan sekurang-kurangnya 2 tahun semasa tarikh penyertaan.
 
Peserta akan dipilih berdasarkan potensi produk atau perkhidmatan mereka untuk dibawa ke pasaran luar negara di samping keupayaan produk atau perkhidmatan tersebut untuk ditambah baik melalui proses inovasi.
 
Kumpulan penganjur program SAY ASPIRE adalah:
  • Selangor Youth Community (SAY) sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah pengurusan DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.
  • Yayasan Hijrah Selangor sebuah agensi berkaitan kerajaan yang memberi bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan di negeri Selangor.
  • Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) sebuah anak syarikat SME Bank dan bertanggungjawab menyediakan pengisian berkenaan kursus bimbingan perniagaan di bawah program SAY ASPIRE.

Hubungi Kami

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, PKNS BIZPOINT
No. 67D,Tingkat 4,
Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

  • dummy(603)5565 4708 / 4711

  • dummy  ppu@pkns.gov.my

Search