Program Vendor Inkubator Payung (VIP) PKNS

Research

Vendor Inkubator Payung (VIP)

PENUBUHAN PROGRAM VENDOR INKUBATOR PAYUNG (VIP) PKNS

Program Vendor Inkubator Payung (VIP) PKNS telah dimulakan pada Mac 1995 dan program VIP PKNS merupakan program pembangunan yang pertama diperkenalkan oleh PKNS.

Vendor Inkubator Payung (VIP) adalah program untuk usahawan bumiputera yang mempunyai fasiliti pengeluaran (kilang) bahan-bahan binaan yang berkualiti dan menepati spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan oleh PKNS.

Vendor akan dibimbing di dalam masa 5 tahun di mana di dalam tempoh tersebut, vendor akan diselia dan diberikan sokongan dari segi teknikal, latihan, kihidmat nasihat pengurusan serta pewujudan rangkaian – rangkaian yang membolehkan mereka berdikari. Vendor juga akan dibantu di dalam memasarkan produk-produk mereka terutamanya kepada agensi-agensi dibawah kerajaan negeri dan PKNS.

Muat Turun Borang Permohonan VIP PKNS

Takrifan Vendor Inkubator Payung (VIP) PKNS

V - VENDOR

Vendor bermaksud usahawan bumiputera yang mempunyai kilang mengeluarkan bahan binaan berkualiti menepati piawaian dan spesifikasi PKNS.

I - INKUBATOR

Inkubator bermaksud tempoh masa tertentu yang ditetapkan bagi membangunkan kompetensi dan keupayaan di dalam membekalkan bahan binaan berkualiti dengan tadbir urus yang berkesan

P - PAYUNG

Payung bermaksud sistem perlindungan atau naungan yang disediakan oleh PKNS di dalam membantu usahawan bumiputera berkenaan di dalam masa yang ditetapkan bagi merangsang pertumbuhan dan pembangunan keupayaan usahawan berkenaan. Payung juga bermaksud bimbingan dan didikan yang akan diberikan oleh PKNS kepada usahawan bumiputera yang terpilih bagi memantapkan kemandirian mereka.

Anda berminat? Pastikan anda memenuhi syarat- syarat permohonan. Syaratnya adalah seperti berikut :

*SYARIKAT PEMBEKAL BAHAN BINAAN SAHAJA
Syarat Kelayakan Permohonan
  • Modal saham dan pengarahnya dimiliki 100% bumiputera
  • Kawalan pengurusan syarikat 100% bumiputera 
  • Mempunyai rekod pembekalan bahan binaan yang baik bagi tempoh 3 tahun terkini
  • Mempunyai keupayaan dari segi kewangan,pengurusan & teknikal yang baik
  • Berpotensi menembusi pasaran terbuka serta tidak bergantung semata-mata kepada tender kerajaan
  • BUKAN syarikat perunding atau hiasan dalaman
  • Syarikat beroperasi di Negeri Selangor

Dasar

Program Vendor Inkubator Payung (VIP) ini adalah merupakan sebuah usaha pembangunan yang tersusun dan terancang bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang kompeten di dalam membekalkan bahan binaan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan industri pembangunan hartanah melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek hartanah PKNS.

Objektif

  • Membangunkan keupayaan & kompetensi vendor bumiputera (pengilang) sebagai pembekal bahan binaan yang mempunyai daya saing yang tinggi di dalam industri hartanah.

  • Membantu vendor bumiputera untuk membangunkan produk bahan binaan yang berkualiti tinggi melalui amalan pengilangan dan bekalan yang terbaik.

  • Membantu pengembangan perniagaan vendor bumiputera melalui pewujudan saluran dan jaringan perniagaan dengan entiti lain di dalam pasaran.

Senarai Produk Vendor

Sehingga kini PKNS telah menggunakan 4 PRODUK VENDOR yang berdaftar di bawah program VIP PKNS :

Hubungi Kami

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, PKNS BIZPOINT
No. 67D,Tingkat 4,
Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

  • dummy(603)5511 1720

  • dummy yusoffimran.azman@pkns.gov.my

Search