Seminar dan Kursus

Program Pemantapan Usahawan 5U (PROGRAM 5U)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

PKNS sebagai agensi kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk melahir dan membantu usahawan-usahawan bumiputera selaras dengan objektif penubuhan PKNS. 

Pihak PKNS telah mewujudkan Program Pemantapan Usahawan 5U (PROGRAM 5Ubertujuan untuk melahirkan usahawan melalui sokongan kemahiran pengurusan bisnes, kewangan dan peluang perniagaan.

 

Konsep Program 5U merangkumi : 

  1. Engagement: PKNS memegang beberapa peratus saham syarikat sebagai tanda komitmen/ sokongan.

 

  1. Coaching: Latihan secara praktikal / mengikuti kursus-kursus yang bersesuaian.

 

  1. Monitoring: Pemantauan berterusan oleh PKNS selama 5 tahun bagi sesebuah syarikat.

 

PKNS masih lagi mencari syarikat usahawan yang berpotensi untuk dibangunkan. ADAKAH ANDA YANG KAMI CARI?

 

Kriteria Calon Usahawan Program 5U

 

  • Keutamaan diberi kepada syarikat usahawan yang memiliki ‘track record’ yang menyakinkan dan produk/perkhidmatan mempunyai sinergi dengan aktiviti perniagaan PKNS
  • Usahawan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang diceburi/dicadangkan.
  • Jika syarikat / usahawan baru memulakan perniagaan, produk dan perkhidmatan mempunyai sinergi dengan aktiviti PKNS serta memiliki potensi besar untuk diperkembangkan.
  • Usahawan bebas dari segala kes undang-undang dan tidak muflis.

 

Tarikh tutup pendaftaran pada 4 Jun 2018

 

Untuk memohon, klik pautan : https://bit.ly/2IFwwpF

 

Maklumat lanjut sila hubungi 03-5511 1727 / 03-5511 1720 (waktu pejabat sahaja)

Hubungi Kami

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, PKNS BIZPOINT
No. 67D,Tingkat 4,
Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

  • dummy(603)5511 1720

  • dummy info@pknsbizpoint.com

Langganan Berita

Masukkan email anda untuk menerima maklumat terus daripada kami.

Search