Seminar dan Kursus

Bengkel Penjenamaan dan Reka Bentuk Logo Syarikat

Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) akan mengadakan Bengkel Penjenamaan dan Reka Bentuk Logo Syarikat. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh: 20 & 21 Februari 2018
Hari: Selasa & Rabu
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar Tingkat 3, Bangunan PKNS BizPoint
Yuran Pendaftaran:
RM63.60 (Early Bird)
RM106.00 (Normal)

Yuran pendaftaran boleh dibuat secara tunai di Pejabat VIOByPKNS Tingkat 2 Bangunan PKNS BizPoint pada waktu pejabat sahaja sebelum 15 Februari 2018.

Penglibatan usahawan dalam program ini akan dijadikan sebagai salah satu kriteria UTAMA bagi pemilihan vendor untuk sebarang Program Jualan yang akan diadakan sepanjang tahun 2018 oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS.

Jika tuan/puan berminat, sila daftar secara online di link berikut: https://goo.gl/forms/g2X78b9JsGfgY4dp1

Atau boleh hubungi 03-5565 4759 (Cik Fateeha / Encik Ammar) untuk maklumat lanjut.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada atau sebelum 15 Februari 2018 (Khamis) dan terhad kepada 30 orang usahawan sahaja!

Hubungi Kami

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, PKNS BIZPOINT
No. 67D,Tingkat 4,
Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

  • dummy(603)5511 1720

  • dummy info@pknsbizpoint.com

Langganan Berita

Masukkan email anda untuk menerima maklumat terus daripada kami.

Search