Program Vendor Inkubator Payung (VIP) PKNS

Research

Vendor Inkubator Payung (VIP)

Vendor Inkubator Payung (VIP) adalah program bagi usahawan bumiputera yang mempunyai fasiliti pengeluaran (kilang) bahan-bahan binaan yang berkualiti dan menepati spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan oleh PKNS.
Vendor akan dibimbing dalam masa 5 TAHUN

Vendor akan dibimbing dalam masa 5 tahun

Vendor akan diselia dan diberikan sokongan dari segi teknikal, khidmat nasihat pengurusan serta pewujudan rangkaianrangkaian yang membolehkan mereka berdikari.

VIP Selia
VIP Bantu

Vendor juga akan dibantu dalam memasarkan produk-produk mereka terutamanya kepada agensiagensi di bawah kerajaan negeri dan PKNS.

Dasar

Program Vendor Inkubator Payung (VIP) ini adalah merupakan sebuah usaha pembangunan yang tersusun dan terancang bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang kompeten di dalam membekalkan bahan binaan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan industri pembangunan hartanah melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek hartanah PKNS.

Objektif

  • Membangunkan keupayaan & kompetensi vendor bumiputera (pengilang) sebagai pembekal bahan binaan yang mempunyai daya saing yang tinggi di dalam industri hartanah.
  • Membantu vendor bumiputera untuk membangunkan produk bahan binaan yang berkualiti tinggi melalui amalan pengilangan dan bekalan yang terbaik.
  • Membantu pengembangan perniagaan vendor bumiputera melalui pewujudan saluran dan jaringan perniagaan dengan entiti lain di dalam pasaran.

Senarai Produk Vendor

Sehingga kini PKNS telah menggunakan 5 PRODUK VENDOR yang berdaftar di bawah program VIP PKNS :
  • Bingkai Pintu & Tingkap
  • Kawalan Serangga
  • Plaster Siling
  • Pintu Kayu
  • Kekuda Bumbung

Hubungi Kami

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, PKNS BIZPOINT
No. 67D,Tingkat 4,
Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

  • dummy(603)5511 1720

  • dummy info@pknsbizpoint.com

Langganan Berita

Masukkan email anda untuk menerima maklumat terus daripada kami.

Search