Polisi Privasi

 

 

Apabila anda mendaftar kami mungkin meminta maklumat seperti nama, alamat emel, tarikh lahir, jantina, poskod, nombor telefon, pekerjaan, industri dan kegemaran peribadi anda. Kami mengumpul maklumat ini supaya kami dapat memberikan maklumat yang bersesuaian dengan anda. PKNS tidak akan menyewa, menjual, atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak lain atau syarikat bukan gabungan melainkan untuk memberikan perkhidmatan dan produk yang telah anda minta.


PKNS mungkin mengumpul maklumat mengenai aktiviti anda di laman web ini dan aktiviti dalam talian lain yang berkaitan. Kami menggunakan maklumat ini untuk analisis dalaman tentang aktiviti dalam talian kami dan untuk memberikan kepada anda maklumat yang anda minati secara lebih baik. Kami memberikan maklumat bersama rakan pemasaran kami yang bertugas bagi pihak PKNS di bawah perjanjian kerahsiaan. Syarikat-syarikat ini mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu kami berhubung dengan anda tentang tawaran dan promosi kami. Bagaimanapun, syarikat-syarikat ini tiada hak tesendiri untuk menggunakan atau mengongsikan maklumat ini.