• 1

Program Usahawan Muda PERMATA Selangor

Dalam melahirkan usahawan muda yang berjaya dan berpengetahuan, Program Usahawan Muda Selangor atau PERMATA telah diwujudkan dengan usahasama PKNS dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Program PERMATA telah membantu dalam membangunkan dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dikalangan pelajar sekolah di Selangor. Melalui program ini juga, para pelajar didedahkan tentang konsep-konsep dan asas di dalam bidang keusahawanan.

Bagi menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan generasi muda, pada tahun 2009 PKNS telah menjalankan program PERMATA di 51 buah sekolah di Negeri Selangor dengan penubuhan 51 syarikat.

Antara aktiviti dan program yang telah diadakan sepanjang tahun ialah:

  1. Taklimat kepada pengetua dan guru pembimbing
  2. Kursus Ahli Lembaga Pengarah dan Guru Pembimbing
  3. Kem Usahawan Muda
  4. Promosi Jualan Program Usahawan Muda
  5. Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Selangor
  6. Kursus Pembubaran dan penyediaan Laporan Syarikat Program Usahawan Muda
 

DASAR

Membentuk dan memupuk nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Selangor

OBJEKTIF

  1. Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah
  2. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan memula dan melaksanakan perniagaan
  3. Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman
  4. Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.

PENCAPAIAN

  1. Setiap tahun 51 buah sekolah menengah negeri Selangor seramai 1,275 pelajar dari tingkatan 2 dan tingkatan 4 telah terlibat.
  2. Syarikat PERMATA bertaraf Sdn. Bhd., dimiliki oleh 25 pemegang saham dan ditadbir oleh 5 orang pengarah/pengurus.
  3. Jumlah pelajar yang telah mengikuti program ini sejak 1998 hingga kini ialah 15,925 orang.
 

PENCAPAIAN PUM SELANGOR DI PERINGKAT NASIONAL ANUGERAH TERBAIK

 

ANUGERAH 2008 2009

2010

Syarikat Terbaik   Johan  
Produk Terbaik   Johan

Ketiga

Perkhidmatan Terbaik     Johan
Persembahan Terbaik  

Naib Johan

 
Pengurus Terbaik

Naib Johan

Johan  
Guru Pembimbing Terbaik Johan    
Pengetua Terbaik  

Naib Johan

Naib Johan

Pelaksana Terbaik   PKNS  

 

 

Galeri PUM

  • IMG 4002
  • IMG 4795
  • IMG 4321
  • img 4154
  • IMG 4305
  • IMG 4312
  • IMG 4020
  • program usahawan muda 1007
  • program usahawan muda 114